fbpx

Ajal sebelum sempat beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan meragut dua nyawa di Kilometer 31.5, Jalan Kluang-Batu Lahat, Ayer Hitam, Batu Pahat malam tadi.

BATU PAHAT – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 31.5, Jalan Kluang-Batu Pahat, Ayer Hitam di sini tengah malam tadi.

Kejadian pada pukul 11.55 malam itu menyebabkan Al Bashan Abdul Razak, 23, yang menunggang motosikal maut di lokasi akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Kemalangan turut meragut nyawa warga emas, Zainal Rusli, 65, yang merupakan pemandu kereta.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, nahas dipercayai berlaku semasa motosikal ditunggang Al Bashan dalam perjalanan dari arah Parit Raja menghala ke Kampung Baru Ayer Hitam.

“Setibanya di lokasi, kereta yang dipandu Zainal dari arah bertentangan terus membelok ke kanan sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.

“Akibatnya pemandu kereta dan penunggang motosikal cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrulanuar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI