fbpx

Aidilfitri: Terengganu terima kemasukan 172,331 kenderaan sejak Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (dua dari kanan) meninjau salah sebuah kenderaan yang melepasi Plaza Tol Kuala Terengganu berhampiran Gemuruh, Kuala Nerus hari ini

KUALA NERUS – Terengganu menerima kemasukan 172,331 kenderaan perantau pulang berjaya dalam tempoh tiga hari sejak kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, kebanyakan kenderaan itu iaitu 152,331 buah menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) manakala selebihnya melalui jalan-jalan persekutuan yang bersempadan dengan Pahang serta Kelantan.

“LPT 2 merekodkan kemasukan tertinggi iaitu 65,975 kenderaan semalam. Setakat ini, aliran trafik semuanya berjalan lancar.

“Pemantauan dilakukan pelbagai agensi penguatkuasaan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya ketika meninjau pelaksanaan Ops Selamat 24 Aidilfitri di Plaza Tol Kuala Terengganu berhampiran Gemuruh di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, seramai 260 pegawai dan anggota polis bertugas di seluruh negeri ini sempena Ops Selamat sehingga 3 April ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 10 motosikal Yahama RXZ telah disita dan 46 notis kompaun kesalahan trafik turut dikeluarkan dalam Op Khas Samseng Jalanan yang dilaksanakan di sekitar pusat bandar raya ini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI