fbpx

Ada R&R dan tong sampah pun, masih buang tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bahu jalan di Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dipenuhi sampah sarap.

RAUB – Meskipun kemudahan hentian rehat dan rawat (R&R) sementara disediakan di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU), namun sikap ‘pengotor’ segelintir pengguna jalan raya tidak dapat diubah apabila mereka masih membuang sampah di lokasi tersebut.

Tinjauan Kosmo! mendapati bahu jalan LTU, terutama dari Mempaga, Bentong ke Merapoh, Lipis dipenuhi sisa makanan, plastik, polisterina dan kotak minuman.

Keadaan ini dipercayai berpunca daripada pengguna yang berhenti di tepi jalan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Pada masa ini, sebanyak 41 tong sampah disediakan di sepanjang LTU termasuk di empat kawasan R&R bagi memastikan kebersihan lebuh raya tersebut.

Menurut penduduk tempatan, Mohd Hafiz Abu Bakar, 41, selagi kesedaran sivik berkaitan kebersihan tidak dipupuk, masalah tersebut dijangka terus berulang.

“Sebelum ini ada pengguna yang mengadu kerajaan tidak sediakan kemudahan seperti tong sampah, tetapi apabila sudah ada, masalah tetap berlaku. Kecewa sangat sebab kerajaan belanja jutaan ringgit, namun seolah-olah tidak berfungsi,” katanya.

Bagi mengatasi isu itu, Nur Syuhada Ibrahim, 34, mencadangkan agar tindakan lebih tegas diambil, termasuk pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi-lokasi yang dikenal pasti selain tindakan saman terhadap golongan pengotor tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI