fbpx

35 individu ponteng puasa dicekup di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan JAIS kerana tidak berpuasa di sekitar Selangor.

SHAH ALAM – Tidak sempat bersahur dan penat melakukan kerja berat antara alasan popular kaki ponteng puasa yang dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sekitar negeri ini.

Sehingga kini, seramai 35 individu ditahan termasuk sebuah restoran di Subang, Khamis lalu.

Penolong Pengarah Kanan Unit Perundangan dan Kesalahan Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Nor Faisal Mohd. Leman berkata, dalam operasi terbaharu pihaknya menahan 15 lelaki disyaki tidak menghormati bulan Ramadan.

Katanya, pemeriksaan dilakukan hasil maklumat awam berkaitan sebuah restoran yang dijadikan port bagi individu tidak berpuasa.

“JAIS melakukan intipan selama dua minggu ke atas premis individu yang makan, minum dan menghisap rokok secara terbuka. Kebanyakan mereka beri alasan tidak bersahur dan melakukan kerja berat,” katanya hari ini.

Tambah Nor Faisal, kes disiasat mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI