fbpx

24 kemalangan di Gua Musang dalam tempoh seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (kanan) menyerahkan pek makanan kepada pengguna jalan raya di Stesen Penguatkuasaan JPJ Mentara Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Sebanyak 24 kes kemalangan dilaporkan berlaku sepanjang tempoh seminggu Ops Lancar dilancarkan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan yang berlaku hanya membabitkan kerosakan yang kecil sahaja seperti kejadian langgar belakang, terbabas dan kecuaian.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes berlaku di kawasan ‘hot spot’ Op Lancar iaitu antara Kilometer 56 hingga 58, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

“Selain itu, tujuh kawasan hitam ‘black spot’ sentiasa dalam pemantauan dan rondaan polis,” katanya selepas mengagihkan sumbangan 300 pek makanan ringan kepada pengguna jalan raya sumbangan pertubuhan bukan kerajaan di Stesen Penguatkuasaan JPJ Mentara (SPK Mentara) di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Choon Foo berkata, polis menjalankan penyuraian trafik secara berkala bagi mengawal kesesakan lalu lintas di daerah ini bagi membolehkan kenderaan perantau bergerak secara terkawal.

Menurutnya, penyuraian trafik dijalankan bermula Khamis lalu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI