fbpx

‘Warga asing berniaga tak pula mereka buat sampai macam ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armand Azha.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas seorang penjual belon di ibu negara malam tadi dianggap keterlaluan.

Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, tidak perlu ada kekerasan seperti itu oleh penguat kuasa dalam mengalas amanah yang diberikan oleh rakyat.

“Saya nak tegur cara mereka mengunakan kuasa yang terlalu biadap, sedangkan apabila warga asing berniaga tak pula mereka buat sampai tahap macam ini.

“Lihat sahaja peniaga-peniaga asing haram di sekitar Chow Kit, Pasar Selayang, Cheras, Jalan Silang dan banyak lagi lokasi tanpa ada lesen dan kotor,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Armand Azha berkata, perlu ada budi bicara dalam menangani peniaga belon itu tanpa perlu menggunakan kekerasan secara terbuka terutama di bulan Ramadan.

Ujar beliau, berniaga belon seperti itu bergerak tanpa menggunakan tapak, maka perlu ada pertimbangan dan budi bicara dalam perlaksanaan tugas penguatkuasaan.

Justeru, beliau mempersoalkan apakah yang mahu dibuktikan dan ditunjukkan oleh penguat kuasa DBKL terlibat melalui tindakan yang dilakukan terhadap penjaja belon tersebut.

“Apa sebenarnya yang (penguat kuasa) DBKL ini nak buktikan dan tunjukkan pada rakyat? Budaya samseng? Budaya membuli? Budaya kuku besi?

“Saya desak pihak menteri wilayah sila ambil tindakan kepada penguat kuasa yang tular di media sosial itu kerana menjatuhkan kredibiliti dan maruah DBKL seterusnya Kerajaan Madani.

“Ini bulan Ramadan bulan yang mulia. Tunjukkan akhlak dan sifat yang baik pada rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI