fbpx

[VIDEO] Rentas 4 negara naik tren balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perjalanan sepasang suami isteri menaiki tren dari Beijing ke Malaysia.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri memutuskan untuk mencuba pengalaman baru dengan menaiki kereta api merentas empat negara dari China, Laos, Thailand, dan Malaysia untuk pulang berhari raya di tanah air.

Perjalanan mereka bermula dari Beijing, China, menuju ke Kunming, sebelum meneruskan perjalanan ke Vientiane, Laos, kemudian ke Bangkok, Thailand, dan berakhir di Malaysia.

Menerusi perkongsian di TikTok milik @Iz.beijing, dia memuat naik beberapa bahagian video menceritakan pengembaraannya bersama isteri untuk pulang ke kampung di Ipoh, Perak.

Walaupun boleh mengambil penerbangan yang tidak memakan masa berhari-hari, pasangan ini menyifatkan perjalanan tersebut sebagai pengalaman unik dan menarik untuk diterokai.

“Kali ini kami cuba nak balik Malaysia menggunakan jalan darat. Biasanya naik kapal terbang hanya makan masa enam jam.

“Tetapi perjalanan kami kali ini mengambil masa empat hari, tak termasuk kami menginap satu malam di Kunming, Yunnan untuk berjalan-jalan,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan minat terhadap perjalanan pasangan tersebut.

“Seronoknya, saya baru buat perjalanan darat dari Ho Chi Minh ke Kunming Oktober lepas. Memang seronok,” komen @Nanikimi97.

“Terima kasih kongsi dengan kita. Tak tahu boleh juga sampai naik kereta api,” kata @Mastura.ismail.

“Wah! Seronoknya balik raya! Nanti nak cuba la melancong guna jalan darat,” balas @Ayidraco. – KOSMO! ONLINE

Watch on TikTok

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI