PETALING JAYA – Anggota penguat kuasa ditolak oleh penjaja bukan lesen besar kepada penguat kuasa untuk memperlakukan penjual belon secara kasar.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, dalam rakaman video yang tular, leher peniaga itu dilihat dicekak menggunakan siku.
“Abang belon sorang vs penguat kuasa yang ramai. Siap ada cekak leher menggunakan siku lagi dan semua itu ada dalam video.
“Adakah itu dalam prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)?
“Adakah abang belon ini membawa senjata yang merbahaya sehingga perlu dibuat begitu?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau mengulas penjelasan DBKL berhubung insiden membabitkan anggota penguat kuasa dan seorang penjual belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) malam tadi.
DBKL mendakwa penjaja belon terbabit telan bertindak agresif dan bersentuhan fizikal dengan menolak penguat kuasa yang menjalankan tugas.
“Negara ada undang-undang yang perlu dipatuhi dan cara penguatkuasaan pon ada SOP dan undang-undang yang perlu dipatuhi,” kata Dr. Muhamad Akmal. – KOSMO! ONLINE