fbpx

‘Terima kasih sahabatku, Nasaaruddin sebab jaga kakak sampai mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO Muhd Taufiq bersama anak-anak arwah kakaknya yang dikongsikan di Facebook.

KOTA TINGGI – Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, malam kelmarin mahu sehidup semati.

Adik arwah Muhd Taufiq Bani, 33, berkata Allahyarham kakaknya Siti Khazira, 35 sering mengungkapkan perkara itu kerana bahagia hidup bersama arwah suami Nasaarudin Pardi, 36.

“Buat sahabatku, abang ku Nasaarudin bin Pardi, terima kasih sebab jadi kawan aku sebelum kau kenal angah (Siti Khazira) lagi.

“Terima kasih banyak-banyak sebab jaga akak aku sehabis baik bahagiakan angah sampai dia selalu sangat cakap nak sehidup semati dengan kau.

“Terima kasih cha, aku sayang kau cha. Untuk anak syurga uncle Maryam Nusaibah, terima kasih hadir dalam hidup keluarga ini walaupun cuma dua tahun.

“Terima kasih Maryam sebab tarik sekali tangan abah dengan ibu untuk ke syurga, uncle sayang maryam,” luahnya dalam perkongsian di Facebook miliknya hari ini.

Anak bongsu tiga beradik itu berkata dia juga turut meluahkan rasa bersyukur kerana memiliki seorang kakak yang sangat baik.

Dia juga menyifatkan Allahyarham Siti Khazira adalah seorang anak yang baik kepada orang tua.

“Kita adik beradik tiga je, Apit, angah along. Kita memang rapat. sehari dua mesti ‘contact’ (berhubung). Minggu lalu baru sahaja Apit datang rumah sebab angah bawakan ibu masakkan siput sedut dengan roti john kegemaran kita dari Kota Tinggi ke Kuala Lumpur.

“Terima kasih banyak angah jadi akak Apit. Angah punya part sudah selesai di sini untuk anak-anak jangan risau, keluarga kita, keluarga belah Nasaa semua ada nak jagakan anak-anak angah,” katanya lagi.

Terdahulu dalam kejadian pada pukul 11.48 malam itu turut mengorbankan lima nyawa termasuk tiga beranak itu serta dua lagi nyawa pemandu dan penumpang Proton X50 Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dan Mohd Nur Afiji Asamad, 27. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI