fbpx

Sanggup tipu polis takut ‘boyfriend’ marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang kerani sanggup membuat laporan palsu gara-gara bimbang dimarahi teman lelakinya kerana telah menghilangkan kad pengenalan dan dokumen penting.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, wanita itu membuat laporan polis pada pukul 2.39 pagi tadi mendakwa dia disamun dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 berwarna hitam.

“Suspek mendakwa, dia tiba-tiba dihampiri kedua-dua lelaki berkenaan dari arah belakang ketika berada di Jalan Batu 14 berdekatan Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong.

“Wanita itu juga mendakwa, bag silang warna hitam di bahunya turut dirampas dan kedua-dua lelaki itu terus melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Walau bagaimanapun Wan Azlan berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian ragut itu sebenarnya tidak berlaku.

“Menurut pengadu, beliau membuat laporan polis palsu kerana kad pengenalan dan dokumen penting telah hilang dan pengadu takut dimarah oleh teman lelaki.

“Kes disiasat di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI