PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di Johor dan Sarawak.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga jam 4 petang ini.
“Di negeri Johor, ia berisiko melanda kawasan (Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Ribut petir dijangka berlaku di Sarawak membabitkan Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Telang Usan), katanya hari ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.