fbpx

Piala FA: Crystal Palace lolos ke Wembley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eze meraikan jaringan yang dilakukan sebentar tadi. Foto ihsan Crystal Palace

LONDON – Pasukan Crystal Palace mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Fulham 3-0 pada aksi suku akhir sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Craven Cottage itu, Palace yang dikendalikan oleh Oliver Glasner membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain bintang seperti Ismaila Sare, Eberechi Eze dan Jean Philippe-Mateta mengetuai jentera serangan.

Meskipun beraksi sebagai pasukan pelawat, The Eagles bermain tanpa sebaranh tekanan dengan meraih dua gol pada babak pertama.

Jaringan pembukaan dilakukan oleh Eze menerusi penyudah menarik di luar kotak penalti pada minit ke-34 sebelum Sarr menggandakan kedudukan hasil tandukan berselang empat minit kemudian.

Pemain gantian, Eddie Nketiah melengkapkan kemenangan bergaya Palace dengan gol ketiga pada minit ke-74 sekali gus mengesahkan kemaraan ke Stadium Wembley pada aksi separuh akhir bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN