fbpx

Pelamin anganku musnah, warga emas rugi hampir RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Hasrat ibu tunggal meniti usia emas dengan pasangan hidup baharu lebur malah mengalami kerugian hampir RM150,000 ditipu seorang lelaki warga China yang dikenalinya melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa berusia 66 tahun itu menjadi sasaran ‘love scam’ setelah suspek berjanji untuk datang ke Malaysia dan mengahwininya.

“Terjerat dengan kata-kata manis suspek, mangsa telah meminta anaknya membuat transaksi pembayaran berjumlah RM147,213 ke dalam satu akaun bank tempatan, Khamis lalu.

“Pembayaran dibuat bagi tujuan pinjaman wang untuk kos rawatan dan perbelanjaan suspek. Lelaki itu berjanji akan pulangkan semula wang tersebut setelah majlis kahwin bersama mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seng Lee berkata, selepas pembayaran dibuat, suspek gagal dihubungi menyebabkan mangsa menyedari dirinya telah ditipu.

Katanya, anak lelaki mangsa yang berusia 34 tahun telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, semalam bagi melaporkan insiden itu.

“Ibu pengadu rasa tertipu disebabkan suspek sering kali berjanji akan datang ke Malaysia untuk mengahwininya,” katanya sedang menyiasat lanjut sejak bila mangsa berkenalan dengan suspek itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI