JAKARTA – Penduduk di negeri Wakal, Maluku Tengah, Indonesia mengadakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Nurul Awal pada pagi hari ini, lapor portal berita Kumparan News.
Raja Negeri Wakal, Ahaja Sunet menyatakan, penduduk tempatan telah berpuasa dua hari lebih awal daripada yang ditetapkan oleh pemerintah Indonesia.
“Masyarakat Wakal pada umumnya menunaikan solat Aidilfitri pada hari ini sesuai dengan penetapan 1 Ramadan pada Khamis (27 Februari lepas).
“Maka, lebaran 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu,” katanya.
Selepas menunaikan solat tersebut, penduduk Wakal kemudian saling bersalaman antara satu sama lain bagi merayakan hari kemenangan itu. – AGENSI