fbpx

MotoGP: Alex Marquez ada ‘senjata rahsia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX (depan) yakin dia mampu menewaskan Marc (belakang) pada GP Americas di COTA hujung minggu ini. - AFP

AUSTIN – Pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez bertekad untuk memanfaatkan data abangnya, Marc Marquez bagi mencabar dominasi juara dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) enam kali itu dalam Grand Prix (GP) Americas hujung minggu ini.

Alex yang muncul naib juara dalam dua perlumbaan sprint dan utama musim ini mengakui data tahun lalu milik Marquez dianggap sebagai ‘senjata rahsia’ untuk membantunya mencipta kemenangan.

“Kami tahu Marc (Marquez) mempunyai kelebihan di sini. Tapi saya suka bila tekanan lebih kepada dia disebabkan kekerapannya menang di litar ini.

“Semus tahu Marc mempunyai kelebihan tambahan di sini. Tetapi kami perlu fokus pada diri sendiri, bukan apa yang orang lain lakukan.

“Saya suka apabila perhatian tertumpu kepada Marc, dia berada dalam tekanan untuk menang di sini kerana rekodnya sangat baik di litar ini.

“Apapun, kami ada data Marc, jadi saya perlu meneliti setiap butiran untuk memahami di mana dia lebih pantas dan bagaimana saya boleh menyaingi kelajuannya,” kata Alex.

Sejak 2021, rekod Alex di Litar Americas (COTA) kurang memberangsangkan dengan pencapaian terbaiknya sekadar di tempat ke-12, namun tetap optimis prestasinya musim ini mampu mengubah keadaan.

“Saya lebih selesa dengan jentera Ducati GP24 setiap kali beraksi. Tahun lalu saya bergelut, tapi kali ini kami lebih laju,” jelasnya.

Walaupun sedar COTA bukan litar kegemarannya, Alex percaya setiap perlumbaan boleh membantu mengutip mata maksimum.

Sebagai rekod, Marquez telah memenangi tujuh perlumbaan di COTA sepanjang kariernya dan tidak mustahil pelumba Sepanyol itu mampu melakar kemenangan hatrik minggu ini.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI