fbpx

Mayat lelaki ditemukan tersepit dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat lelaki yang dijumpai tersepit dalam longkang di Bercham, semalam.

IPOH – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang di Lebuh Bercham Timur, Pusat Bandar Baru Bercham, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat tersebut dijumpai orang awam dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun segera ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 1.50 petang.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, mangsa yang tersepit dalam longkang segera diangkat dan dibawa keluar ke tebing.

“Pegawai perubatan yang berada di lokasi itu bagaimanapun mengesahkan lelaki terbabit telah pun meninggal dunia. Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada pukul 2.22 petang,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI