fbpx

Makanan terdedah lebih empat jam boleh sebabkan keracunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Makanan yang telan dimasak dan berada pada suhu bilik tidak boleh dibiarkan terdedah lebih daripada empat jam kerana dikhuatiri akan rosak dan merbahaya.

Public Health Malaysia dalam satu hantaran berkata, makanan yang siap dimasak seeloknya disimpan di dalam peti sejuk sekiranya tidak mahu dimakan.

“Suhu bilik bersama makanan berlemak terbiar lebih empat jam adalah resepi untuk pembiakan bakteria.

“Kadang-kadang kita tak sedar, tapi inilah punca cirit-birit, muntah, dan keracunan makanan yang buat ramai habis raya dalam bilik air, bukan bilik tamu,” katanya.

Katanya, makanan yang disimpan di peti sejuk juga sebaiknya dipanaskan terlebih dahulu sebelum dihidang.

“Panaskan makanan betul-betul sebelum dihidang. Biar mendidih, bukan sekadar suam.

“Elak ulang panas berkali-kali. Bahagikan makanan dalam bekas kecil, panaskan bila perlu,” katanya.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan sudu bersih apabila menceduk makanan dan tidak mencampurkan sudu yang digunakan untuk merasa makanan dengan sudu menghidang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI