fbpx

Komtar, Jambatan Pulau Pinang tidak terkesan gempa Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (empat,kanan) menghadiri Program Jualan Rahmah Madani Parlimen Batu Kawan, di Taman Merak, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Struktur bangunan dan dua jambatan di Pulau Pinang selamat daripada kesan gegaran gempa bumi yang melanda Myanmar semalam.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Kompleks Tun Abd Razak (Komtar) juga selamat susulan struktur binaan yang direka memiliki aspek keselamatan bagi mengelakkan kemalangan sekiranya berlaku gempa bumi dan gegaran.

“Setakat ini di Pulau Pinang masih tidak terkesan oleh insiden (gempa bumi) semalam. Komtar memang ada dibina dengan mengambil kira gempa bumi termasuk jambatan-jambatan kita.

“Reka bentuk struktur bangunan dan jambatan kita  dapat menampung gegaran pada skala tertentu, jadi semuanya selamat dan tidak terkesan,” katanya ketika ditemui di Program Jualan Rahmah Madani Parlimen Batu Kawan, di Taman Merak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, adalah menjadi prosedur standard Jabatan Bomba dan Penyelemat (JBPM) negeri untuk melakukan pemeriksaan terhadap beberapa buah bangunan selepas insiden gegaran terbabit.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan satu gempa bumi berukuran 7.4 magnitud dilaporkan melanda Myanmar pada pukul 2.21 petang sehingga gegaran tersebut turut dirasai sekitar Semenanjung Malaysia termasuk Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI