fbpx

Kereta terbakar dipercayai akibat mercun dalam but

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan kebakaran kereta tersebut di Bukit Permata di Lumut semalam.

LUMUT – Sebuah kereta terbakar di persimpangan lampu isyarat di Bukit Permata di sini dipercayai akibat daripada bunga api yang diletakkan di dalam but kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian kebakaran kereta di persimpangan lampu isyarat di Bukit Permata.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis manjung telah tiba di tempat kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Gen-2 telah terbakar di bahagian belakang kenderaan dan terdapat letupan mercun,” katanya di sini hari ini.

Hasbullah berkata, pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran di tempat kejadian dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mendapati sebelum kebakaran berlaku, kereta yang dipandu oleh pemandu mengalami kerosakan.

“Pemandu cuba untuk menghidupkan semula kereta dan ternampak kepulan asap keluar dari tayar belakang kereta tersebut sehingga api menyala.

“Pemandu juga menyatakan bahawa ada meletakkan mercun untuk digunakan semasa hari raya di dalam but kereta tersebut,” katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi bilik gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI