fbpx

Kenderaan di LPT, Lebuh Raya Utara-Selatan bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sesak di kedua-dua lebuh raya hari ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2 (LPT1 dan LPT2) masih sesak dengan jumlah kenderaan yang terus meningkat sejak awal pagi tadi.

Menerusi tinjaun Kosmo! di laman web Lembaga Lebuhraya (LLM) kenderaan masih mengalami kesesakan di belah Pantai Timur 1 dan 2 (LPT 1 dan LPT 2) berikutan peningkatan jumlah kenderaan pulang.

Sementara itu, tinjaun mendapati, kenderaan masih bergerak perlahan di Plaza Tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Dalam pada itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala kedua-dua arah juga dilihat tiada perubahan kerana kenderaan masih bergerak perlahan ekoran pertambahan kenderaan sejak semalam

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan baik dan sentiasa mematuhi jadual waktu perjalanan yang disarankan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI