fbpx

[VIDEO] Jenazah banduan hukuman gantung wangi bak kasturi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Seorang pengurus jenazah berkongsi pengalaman luar biasa ketika menguruskan jenazah seorang banduan yang menjalani hukuman gantung apabila mayatnya mengeluarkan bau semerbak kasturi.

Pengalaman itu diceritakan kepada Dr. Zai atau lebih dikenali sebagai Doktermayat dalam sebuah podcast di TikTok yang memaparkan kisah-kisah berkaitan pengurusan jenazah.

Kata Dr. Zai, kejadian itu turut mengejutkan warden penjara dan doktor bertugas kerana kebiasaannya mayat banduan yang dihukum gantung akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan sejurus hukuman dilaksanakan.

“Banduan ini merupakan pengedar dadah dalam jumlah yang besar, tetapi sepanjang berada di penjara, dia tidak putus mengerjakan solat taubat dan berpuasa sebagai usaha menebus kesilapannya.

“Dia sendiri mengakui telah mencemarkan nama baik ibu bapanya dan cara dia menebus dosa hanyalah dengan beribadah hingga ke saat akhir,” katanya.

Malah ujarnya, warden penjara yang bertugas turut mengakui ini adalah kali pertama bilik hukuman dipenuhi bau wangi sewaktu hukuman dijalankan.

Katanya, pengurus jenazah tersebut menambah ketika memandikan mayat itu, tiada keperluan menggunakan kapur barus seperti kebiasaan kerana jenazah itu sudah berbau harum secara semula jadi.

“Malah individu bukan Islam turut melahirkan rasa hairan dengan kejadian tersebut.

“Allah mengangkat darjat orang yang benar-benar bertaubat,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna media sosial menyifatkan banduan akhir sebagai individu yang sangat bertuah kerana mereka mengetahui tarikh kematian dan diberi peluang untuk bertaubat dengan bersungguh-sungguh sebelum menghadap Ilahi.

Seorang pengguna media sosial, Momon, berkata bahawa tidak semua orang mendapat kesempatan untuk bersedia menghadapi ajal seperti banduan akhir, justeru mereka harus menggunakan ruang yang ada memperbanyakkan ibadah dan memohon keampunan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Upawwwww, mendoakan agar Allah SWT mengampuni dosa mereka dan menerima segala amal ibadah yang dilakukan sepanjang tempoh di penjara.

“Ramai banduan sebenarnya jauh lebih baik dan soleh berbanding kita di luar. Mereka benar-benar menginsafi kesalahan lalu dan menghabiskan masa dengan mendekatkan diri kepada Tuhan,” kata pengguna bernama AcikWan. – KOSMO! ONLINE

@sembangseram Semoga kita meninggal dalam keadaan husnul Khatimah InsyaAllah #Sembangseram #Drmayat #DrMayatPart2 #Ceritaseram #Kisahseram #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Safwannazripod ♬ original sound – sembangseram

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI