PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama negara masih sesak pagi ini susulan orang ramai memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kesesakan yang bermula sejak pukul 8 malam semalam dan berlarutan sehingga pagi ini ekoran pertambahan kenderaan di lebuh raya.
Menerusi tinjauan Kosmo! di laman web Lembaga Lebuhraya (LLM) kesesakan berlaku kesesakan dikesan di Plaza Tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
Selain itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan juga mencatatkan peningkatan kenderaan di bahagian utara dan selatan.
Terdahulu, LLM menjangkakan jumlah trafik harian meningkat kepada 2.77 juta kenderaan sepanjang cuti perayaan ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 216,000 kenderaan dijangka menggunakan KLK, manakala lebih 200,000 kenderaan bakal melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 (LPT1 dan LPT2) pada hari puncak.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dengan bijak dan mematuhi jadual waktu perjalanan yang disarankan bagi mengelakkan kesesakan teruk. – KOSMO! ONLINE