fbpx

‘Jalan sesak baru ada vibe nak raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan kesesakan lalu lintas menghala ke Plaza Tol Gombak..

PETALING JAYA- Walaupun perlu menempuh perjalanan beratus kilometer dalam keadaan trafik yang padat, semangat perantau untuk beraya bersama keluarga tidak pernah luntur.

Menjelang Aidilfitri, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya menjadi punca utama kesesakan ini menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa menghadapi perjalanan yang boleh mengambil masa lebih 10 jam.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Mat.shawn, dia berkongsi keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan pada waktu malam, semuanya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menyifatkan perkara tersebut sebagai satu momen yang seronok tatkala pulang meraikan lebaran bersama insan tersayang.

“Kelik (balik) kampung masa raya-raya ni, tak sesak tak ‘best’ (seronok) tau. Jalan sesak lah baru semangat. Pengakuan jujur dari saya menantu orang Kelate (Kelantan),” kata @SitiMienzry.

“Kan.. Baru ada ‘vibe’ raya. Saya pun menantu orang Kelantan. Bukan benda baru jalan sesak masa raya ini. Dari anak-anak kecil sampai sekarang, dah boleh ganti-ganti memandu dengan bapanya,” balas @Edalynda.

“Terbaik…ni baru namanya balik kampung,” komen @Lindayani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI