PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir di Sabah dan Sarawak.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari nanti.
“Hujan lebat di Sabah membabitkan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
“Bagi Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” jelasnya.
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE