fbpx

Hospital Taiping cari waris Abdul Rahim, Thiam Leong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAIPING – Hospital Taiping sedang mengesan waris kepada dua mayat lelaki warganegara Malaysia yang masih belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensiknya.

Pengarah Hospital Taiping, Dr. Khuzaini Abd. Karim berkata, individu pertama, Abdul Rahim Abdullah yang berusia 85 tahun telah disahkan meninggal dunia pada 19 Mac lalu.

“Alamat terakhirnya adalah di No. 159A, Kampung Baru Sempadan, Jalan Keretapi Kampung Larut Tin, 34000 Taiping, Perak.

“Individu kedua, Lim Thiam Leong, berusia 46 tahun telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac lalu. Alamat terakhirnya adalah di PT 2094, RPT Kampung Benggali, Lawan Kuda Lama, Jalan Simpang, 34000 Taiping, Perak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Khuzaini berkata, pihak waris atau individu yang mengenali si mati dimohon hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping bagi urusan tuntutan serta maklumat lanjut.

Katanya, waris juga boleh menghubungi talian 05-8204000 (samb. 8045) bagi urusan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI