fbpx

Guru tampar murid sekolah rendah 9 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah sekolah rendah di Handan. - Foto AFP

BEIJING – Seorang guru menampar seorang murid sekolah rendah sebanyak sembilan kali dalam kejadian di  Zoucheng, China, lapor portal berita MSNews hari ini.

Ibu bapa budak itu menyatakan, anak mereka bernama Xiaofan sedang berehat di taman permainan bersama rakan sekelasnya semasa kelas pendidikan jasmani pada sebelah petang.

Guru dikenali sebagai Wu mengaku menampar pelajar itu sehingga pipinya bengkak dan terpaksa dirawat di hospital.

Murid itu ditampar kerana dia memanggil nama Wu dan tidak menggunakan gelaran cikgu.

Ibu bapa murid tersebut membuat laporan polis selain menuntut dia dipecat.

Pihak sekolah menggantung tugas guru berkenaan dan menawarkan pampasan 5,000 yuan (RM3,000) kepada keluarga itu tetapi mereka enggan menerimanya.

Biro pendidikan tempatan berkata, siasatan sedang dilakukan dan berjanji akan menangani kes itu mengikut undang-undang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI