fbpx

F1: Lawson perit terima turun pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAWSON gagal merekodkan keputusan positif bersama Red Bull dalam dua perlumbaan awal musim ini. - AFP

AUCKLAND – Liam Lawson mengakui bahawa penyingkirannya daripada pasukan Red Bull selepas hanya dua perlumbaan adalah sesuatu keputusan yang sukar diterima.

Red Bull membuat keputusan mengejut apabila menendang keluar pelumba New Zealand itu digantikan oleh pemandu Jepun, Yuki Tsunoda untuk menyertai pasukan Racing Bulls.

Lawson yang sebelum ini diberi peluang untuk bergandingan dengan juara dunia, Max Verstappen gagal memberikan persembahan terbaik selepas tidak meraih sebarang mata pada Grand Prix (GP) Australia dan GP China.

“Menjadi pemandu Red Bull Racing adalah impian saya sejak kecil, sesuatu yang saya usahakan sepanjang hidup.

“Ia sukar tetapi saya bersyukur untuk segala pengalaman yang membawa saya ke tahap ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya, ia sangat bermakna,” kata Lawson.

Lawson mengalami perlumbaan sukar musim ini apabila hanya mampu mencatat kelayakan di tempat ke-18 di Australia sebelum gagal menamatkan perlumbaan.

Di China, dia mencatat keputusan lebih buruk apabila bermula di tempat terakhir untuk perlumbaan sprint dan utama.

Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner menjelaskan, keputusan tersebut dibuat berdasarkan faktor sukan semata-mata dan pasukan akan terus menyokong Lawson sebaik mungkin.

Tsunoda akan menyertai pasukan utama menjelang Grand Prix (GP) Jepun di Litar Suzuka pada 6 April ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI