fbpx

Dua lelaki pulang beraya terselamat kereta dihempap lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
1. KEADAAN sebuah kereta yang dihempap sebuah lori terbalik di kawasan R&R Genting Sempah di Bentong malam semalam.

BENTONG – Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini menjadi detik paling bermakna buat dua lelaki apabila mereka terselamat meskipun kereta dinaiki mereka dihempap sebuah lori yang terbalik di bulatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu difahamkan mangsa berumur 45 dan 17 tahun yang dalam perjalanan pulang ke kampung hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bentong, Mohd Zulhazmi Mohamed berkata, kedua-dua mangsa tidak tersepit dan dibawa keluar oleh orang awam selepas kejadian.

“Apabila bomba sampai di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori jenis Nissan dan kereta jenis Proton Persona.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan ringan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.37 malam melakukan pemeriksaan dan pemantauan di tempat kejadian bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Katanya, mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh unit Jentera Perkhidmatan Perubatan dan Kecemasan (EMRS) JBPM Karak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI