fbpx

Besar sangatkah kesalahan jual belon? – Dr. Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang penjual belon dikasari oleh anggota penguat kuasa DBKL.

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar tindakan agresif sekumpulan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap seorang peniaga belon.

Kata beliau, rakaman video tular menunjukkan penjual belon tersebut diperlakukan dengan teruk oleh anggota penguat kuasa DBKL ketika sedang berniaga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau mempersoalkan mengapa peniaga belon tersebut diperlakukan seperti itu sedangkan menjual belon tanpa permit perniagaan bukanlah suatu kesalahan yang besar.

“Lepas subuh tadi saya baru nampak video ini. Saya nak tanya YB Menteri [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa], adakah prosedur operasi standard (SOP) DBKL, mereka (peniaga) boleh diperlakukan seperti ini?

“Salah (berniaga) jika tiada permit, tetapi kita ini sebagai manusia ada balas ehsan. Inikan nak musim raya, biarlah dia nak berniaga sekali pun dan saya nak tanya juga, (mengapa) dia diperlakukan seperti binatang. Berat sangatkah kesalahan dia ini sehingga ditolak, diguling, ramai-ramai hendak tangkap dia seorang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Muhamad Akmal berkata, beliau meminta mana-mana pihak yang mengenali penjual belon tersebut memaklumkan kepadanya dengan kadar segera untuk Pemuda UMNO menuntut keadilan buat peniaga tersebut di mahkamah.

“Kamu nak tunjuk kuasa kamu, nak tunjuk hebat pada peniaga kecil, tidak mengapa kami akan bela hak mereka ini. Kamu nak tunjuk kamu hero, kami akan cari abang ini dan kami akan lawan kamu di mahkamah. Pemuda UMNO akan tuntut kedilan untuk abang belon,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI