fbpx

Beras tempatan dijangka ‘hilang’ 2 bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BUKIT GANTANG – Beras putih tempatan (BPT) dijangka akan hilang dari pasaran dalam tempoh 2 hingga 3 bulan akan datang, berikutan harga beras impot yang masih terus memberi tekanan terhadap harga pasaran.

Menurut Pengerusi Task Force Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, isu utama yang menyebabkan ketidaktentuan ini adalah harga beras import yang masih tinggi yang dijual dalam pasaran hingga akan menyebabkan beras tempatan kembali hilang dalam pasaran sebagaimana terjadi seperti sebelum ini.

“Isu sebenar adalah harga beras import. Selagi harga beras import tidak diturunkan, masalah beras tempatan tidak akan selesai.

‘’Ini masalah jangka pendek yang tidak dapat ditangani dengan subsidi semata-mata,” katanya ketika ditemui pada acara Jualan Termurah Madani (JTM) sempena sambutan Aidilfitri di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, pagi ini.

Menurut Syed Abu Hussin, walaupun kerajaan telah memberikan subsidi sebanyak RM150 juta untuk menangani isu ini, serta peruntukan RM24 juta oleh pihak pengilang dan Jabatan Kawal Selia Padi, beliau berpendapat langkah itu hanyalah penyelesaian sementara.

‘’Lebih membimbangkan, harga beras import yang pada asalnya berharga RM32 bagi setiap 10kg kini telah turun kepada RM18,000 per tan metrik, namun harga dalam pasaran masih tinggi,” jelasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa tidak ada jaminan bahawa beras tempatan akan kekal berada di pasaran dalam tempoh yang lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI