fbpx

Bengkel kereta jadi port ‘tahi’ judi poker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Rahsia sekumpulan individu dipercayai kaki judi jenis poker menjadikan sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang di sini sebagai port mempertaruhkan wang haram itu akhirnya terbongkar apabila diserbu polis, awal pagi tadi.

Mereka terdiri seramai 14 lelaki tempatan itu diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timut Laut (IPD TL), kira-kira pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kesemua tangkapan berusia dalam lingiungan 27 hingga 57 tahun setelah disyaki berjudi di dalam bengkel kereta tersebut.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut, polis merampas barang kes termasuk sebuah meja, 52 keping daun terup, tiga unit walkie-talkie dan wang tunai berjumlah RM4,288.

“Kesemua tangkapan direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI