PETALING JAYA – Seorang lelaki menganyam ketupat di dalam kereta ketika keluar membeli-belah pada saat akhir menjelang Aidilfitri, mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @Mr_susu_petai, lelaki berkenaan dilihat membawa daun kelapa bersamanya dan tekun menganyam ketupat di dalam kereta.
“Bila keluarga kau membeli belah pada saat akhir bukan alasan ketupat untuk tinggal di rumah, daun kelapa mesti angkut sekali bawa jalan-jalan. Janji siap,” katanya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat lelaki itu menyiapkan ketupat walaupun berada di dalam kereta.
“Ayah aku pun macam ni. Kami keluar beli barang dapur, dia duduk belakang kereta sambil menganyam. Sebab dia seorang saja yang pandai,” komen @Ikanbilissedangcantik.
“Memang ada geng menganyam dalam kereta. Sibuk kerja, tak sempat nak anyam di rumah. Jadi beli daun, anyam dalam perjalanan, balik kampung tinggal isi beras sahaja,” kata @Fuza_rosli.
“Tak tahulah kenapa ramai lelaki pandai anyam ketupat. Saya yang perempuan ni, menangis dulu baru siap sebiji, itu pun berjam-jam. Akhirnya, beli saja yang dah siap,” ujar @Miss_heyra. – KOSMO! ONLINE
@mr_susu_petai Takde alasan tak siap Ketupat!!! 🤭 #fyp #raya2025 #aidilfitri #ketupat #masukberanda #rayanakkemana ♬ Raya Nak Ke Mana SITI NURHALIZA – Shahhhh🔥