fbpx

8 ekor lembu, 2 tan ayam licin tak sampai sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz (dua dari kiri) membantu kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang menjual daging lembu dalam Jualan Termurah Madani sempena Aidilfitri di Bukit Gantang hari ini. Foto oleh WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

BUKIT GANTANG – Sebanyak lapan ekor lembu dan dua tan ayam habis licin dijual tidak sampai sejam dalam Jualan Termurah Madani (JTM)Parlimen Bukit Gantang sempena sambutan Aidilfitri di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, pagi ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata , lebih 1,000 orang membanjiri lokasi jualan seawal pukul 7 pagi meskipun ia dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi.

‘Saya sama sekali tidak menyangka semuanya habis licin terjual tidak sampai sejam. ’ Daging lembu yang dijual adalah daging segar yang telah disembelih pada malam tadi, dan dijual dengan harga RM28 sahaja.

“Jualan ini bukan subsidi, tetapi merupakan inisiatif untuk membantu rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang disini hari ini.

Menurut Syed Abu Hussin,Tujuan Program diadakan adalah bagi memudahkan orang kampung, khususnya di Parlimen Bukit Gantang, untuk membeli barang dengan harga lebih murah dan mengurangkan kos hidup harian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI