fbpx

7 kedai musnah terbakar di Jalan Sultan Azlan Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebuah kedai perkakasan logam dan enam unit kedai makan berhampiran di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kebakaran dipercayai bermula di kedai peralatan logam tersebut sebelum merebak ke kedai-kedai makan terbabit.

Jelasnya, angin kuat dilokasi kejadian mengakibatkan api marak dan merebak sangat cepat dengan kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.36 petang dan susulan itu, seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa bersama enam jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI