fbpx

[VIDEO] ‘Selamat hari raya buat ayah-ayah semua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan beberapa warga emas sedang mencuba dan memilih kasut raya.

PETALING JAYA – Video mengenai beberapa warga emas yang sedang memilih kasut raya di sebuah pasar raya di utara tanah air meruntun jiwa netizen.

Menerusi klip video berdurasi 20 saat itu jelas menunjukkan suasana gembira dan teruja yang terserlah di wajah lelaki itu apabila berpeluang melakukan persiapan raya pada tahun ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan perasaan sedih setelah melihat video tersebut kerana ia mengingatkan mereka kepada ibu bapa masing-masing.

“Dulu masa abah masih ada, saya selalu belikan kasut untuk dia. Saya datang kepada ayah dan sarungkan ke kaki abah. Abah senyum sahaja dan cakap terima kasih sebab belikan baju dan kasut baru,” @fhanimmy

“Teringat arwah abah saya. Uzur seperti ini juga sebelum pemergiannya,” @memeii88

Rata-rata meninggalkan komen mendoakan kesihatan yang baik dan mengucapkan hari raya serta mengganggap seperti ibu bapa mereka sendiri.

“Selamat hari raya ayah-ayah semua. Semoga ayah-ayah diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur,” @norashidatisha.

@darulhanan Moga Ramadan kali ini bukanlah yang terakhir. #fyp #alhamdulillah #aidilfitri #love #videoviral #darulhanan #foryou ♬ Setitis Cahaya Di Aidilfitri – Aishah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI