fbpx

[VIDEO] Meriahnya, satu flat pasang lampu lip lap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan flat kuarters diterangi lampu raya.

PETALING JAYA – Kesepakatan penduduk Kuarters PGA Cheras, Kuala Lumpur memasang lampu raya menarik perhatian orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok @ginman94, kelihatan lampu raya berwarna-warni dipasang di setiap tingkat di blok kuarters tersebut.

Selain itu, lampu raya turut dipasang di tempat letak kenderaan di bawah kuarters tersebut menjadikan keadaan lebih meriah.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji usaha penduduk kuarters tersebut dalam memeriahkan sambutan Aidilfitri.

“Dulu duduk berek memang meriah begini. Yang kami kristian pun tak nak kalah siap pasang lampu lip lap. Duduk berek memang meriah, dulu siap buat BBQ ramai-ramai di bawah,” kongsi Anna.

“Depan blok saya saja ni,malam tadi meriah siap buka lagu raya lagi,ada majlis mungkin. Bagus ketua komuniti dia,sepakat semua,” kata Lyza.

“Sekarang dah tak perlu pening kepala nak pasang lampu raya, beli yang solar saja,” kata Farissa.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih sejuta tontonan. – KOSMO! ONLINE

@ginman94Meriah…mcm ramai tak balik raya ni🤣

♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI