fbpx

[VIDEO] Malang tidak berbau, habis berterabur lemang atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan sebuah kenderaan terbabas sehingga lemang-lemang dibawanya berterabur di permukaan jalan.

PETALING JAYA – Sebuah kenderaan hilang kawalan menyebabkan muatan lemang yang dibawa berterabur dipercayai berpunca daripada ketiadaan lampu jalan di Yong Peng, Johor sekitar 4 pagi tadi.

Menurut pemilik akaun TikTok @Saifulilias, mangsa kemalangan terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya bersama lemang-lemang berkenaan untuk dijadikan sebagai juadah hari raya nanti.

Namun dalam keadaan gelap gelita ketika itu, semuanya bertukar menjadi tragedi apabila kenderaan milik mangsa terbabas.

Menerusi ruangan komen, tiada sebarang kecederaan berat dilaporkan melibatkan dua orang mangsa itu yang dipercayai merupakan adik-beradik.

Tinjauan dari ruangan komen, ramai yang bimbang dan menggesa pihak berkuasa untuk segera memasang lampu di sepanjang jalan itu demi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Tolong lah pasang lampu jalan. Gelap sangat macam ni,” komen @iamnafiqah.

“Keadaan macam ni paling seram sebab gelap dan kereta yang datang dari belakang takut mereka tak perasan. Tengok pun dah seriau. Apa-apa pun, terima kasih abang beranikan diri dan turun untuk selamat. Tabik hormat untuk orang baik,” komen @_faheems.- KOSMO ONLINE!

@saifulilias Allahuakbar YaAllah nasib dpt behentikn lori.. Jalan gelap x nmpk pape.. Otw balik kg kate nye.. Abis berterabur lemang ats jln.. #abamlori #loriviraltiktok #fyp #fypdonggggggg #dashcamvideos ♬ YA ALLAH BY WALI BAND – — Fz —

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI