PETALING JAYA – Tular sebuah video menyayat hati di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) mendirikan solat walaupun dalam keadaan fizikalnya tidak sempurna.
Klip video berdurasi 12 saat itu menunjukkan usaha lelaki tersebut mengerjakan solat meskipun mengalami kesukaran dan mengambil masa yang sama sewaktu solat.
Sementara itu, ramai yang menyatakan di ruangan komen bahawa tindakan dan usaha lelaki kelainan upaya tersebut amat menginsafkan lebih-lebih lagi kepada manusia yang dilahirkan secara sempurna.
“Apa alasan kita yang sempurna ini untuk tinggalkan solat,” komen @Idk.
“Sedangkan kita yang sihat tubuh badan ni masih banyak alasan untuk tangguhkan solat,” balas @Syerin.
“Semoga kehidupan kamu diakhirat lebih baik dari orang yang sempurna tapi sanggup tinggalkan solat dengan sengaja,” kata @Bulan.ezzuan. – KOSMO! ONLINE
@madaraa_senju Kita sebegini sihat meninggalkan apalagi alasannya kelak di hadapan tuhan. #ramadhan #pendosa #solat #kewajipan #indonesia #fyp #foryoupage ♬ suara asli – bagikanlah🕊️