fbpx

[VIDEO] 5 maut kemalangan empat kenderaan di Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan maut di Kilometer 58.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Kluang, lewat malam tadi.

KLUANG – Sekurang-kurangnya lima mangsa dipercayai maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.48 malam itu turut menyebabkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler terbakar.

Selain lima mangsa maut, lima individu mengalami kecederaan dan tiga yang lain dilaporkan terselamat.

Komander Operasi Kanan Nizar Mamun dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam mengesahkan terdapat mangsa yang maut, namun butiran lanjut mengenai kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, seramai 13 anggota daripada BBP Renggam dan Kulai bersama tiga jentera terbabit dalam operasi menyelamat.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan MPV Honda Stepwagon dan treler. Kemalangan juga membabitkan Toyota Camry dan Proton X50,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Nizar berkata, maklumat awal mendapati tiga mangsa dalam Toyota Camry selamat, sementara seorang lelaki dan seorang perempuan dalam Proton X50 cedera.

“Seorang lelaki dalam treler juga cedera. MPV Honda Stepwagon pula membawa seorang lelaki, empat perempuan, serta dua kanak-kanak, membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan (butiran lanjut keadaan mangsa masih dalam siasatan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI