fbpx

Tengku Zafrul dapat ‘lampu hijau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAFRUL

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kini selangkah lebih dekat untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas menerima pengecualian khas daripada kerajaan bagi bertanding jawatan Presiden BAM.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan kerajaan masih mengekalkan dasar ketat bahawa menteri dan timbalan menteri tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam persatuan sukan.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul diberikan pengecualian kerana beliau tidak lagi akan berada dalam kerajaan mulai tahun hadapan.

“Memang sebelum ini ada keputusan kabinet yang mengatakan menteri-menteri tidak boleh terlibat dalam pentadbiran persatuan sukan kerana ia memerlukan komitmen yang besar.

“Namun, dalam kes Tengku Zafrul, beliau akan menamatkan tempoh sebagai senator pada penghujung tahun ini, jadi pengecualian khas telah diberikan kepadanya,” kata Hannah.

Beliau menjelaskan pencalonan Tengku Zafrul bukan datang daripada pihak kerajaan, sebaliknya daripada BAM sendiri yang melalui proses dalaman bagi memilih calon terbaik.

“Saya pasti BAM telah berbincang dan meneliti calon yang boleh membantu mereka, terutama dalam aspek mencari dana. BAM memerlukan sumber kewangan yang besar untuk memastikan program latihan atlet dan jurulatih berjalan dengan lancar,” tambahnya.

Hannah turut mengakui pelantikan Tengku Zafrul mendapat sokongan pelbagai pihak, termasuk legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang menyuarakan keyakinan terhadap keupayaannya untuk membawa BAM ke tahap lebih tinggi.

Terdahulu, Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam mengumumkan majoriti ahli majlis BAM telah mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Tengku Zafrul sebagai presiden baharu dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dijadualkan berlangsung pada 10 Mei depan.

Sebelum ini, Tengku Zafrul hampir dilantik sebagai Presiden BAM bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang pada mulanya bercadang untuk meletakkan jawatan awal tahun lalu sebelum kekal memegang jawatan sehingga tamat Sukan Olimpik Paris 2024.=

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI