fbpx

TDM bina Compact Bailey ganti jambatan runtuh di Sungai Tiram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENTERA Darat Malaysia membina jambatan sementara di Sungai Tiram, Johor Bahru selepas jambatan asal rosak akibat arus deras ketika banjir melanda baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Pasukan 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (8 Skn RAJD) Tentera Darat Malaysia (TDM) sedang melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan sementara di Sungai Tiram, di sini.

TDM dalam satu kenyataan memberitahu, kerja pembinaan jambatan Compact Bailey 100 itu telah mencapai tahap kemajuan 73 peratus.

“Pembinaan jambatan tersebut akan menghubungkan semula jalan perhubungan yang terputus di antara Sungai Tiram ke Kampung Bukit Dagang yang merupakan satu-satunya laluan keluar masuk dari Sungai Tiram ke Kampung Bukit Dagang, Kampung Pasir Salam, Kampung Seri Perdana dan NIRVANA,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut, jambatan sementara yang sedang dibina itu sepanjang 18.29 meter dan masa pembinaan dianggarkan lebih kurang 48 jam.

Pada 23 Mac lalu, struktur jambatan asal telah runtuh disebabkan tekanan aliran air yang kuat menuju ke sungai utama susulan kejadian bencana banjir yang melanda Johor baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI