fbpx

Tang Jie-Ee Wei sah berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE-EE WEI sah berpisah

KUALA LUMPUR – Segala teka-teki mengenai perjalanan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akhirnya terjawab apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan memisahkan gandingan No. 4 dunia tersebut.

Pemangku Presiden BAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Prestasi, Datuk V. Subramaniam, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan cadangan daripada panel kejurulatihan selepas melakukan perbincangan terperinci.

“Kami telah menerima laporan dan cadangan akhir daripada Nova (Widianto) dan Rexy (Mainaky).

“Pasangan ini akan dipisahkan untuk kejohanan akan datang. Kami juga bersetuju untuk memberi masa kepada jurulatih bagi mencuba kombinasi baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei BAM mengambil keputusan untuk merehatkan pasangan No. 4 dunia itu daripada sebarang kejohanan termasuk menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China bermula 8 hingga 13 April depan.

BAM sebelum ini memberi tempoh bertenang buat pasangan negara itu bagi menjernihkan semula hubungan yang dikatakan semakin retak antara kedua-dua pemain itu.

Keputusan itu terpaksa dibuat memandangkan sudah tidak ada persefahaman antara kedua-dua pemain berkenaan ketika berada di dalam gelanggang yang difahamkan bermula sejak Sukan Olimpik Paris 2024 lagi.

Sejak digandingkan pada hujung 2022, Tang Jie-Ee Wei berjaya meraih tiga gelaran Jelajah Dunia BWF, iaitu Orleans Masters 2023, Terbuka Taiwan 2023, dan Terbuka Korea 2024. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI