fbpx

Solat Aidilfitri digalak di tanah lapang seluruh Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANKU Syed Faizuddin (depan, dua dari kanan) bersama Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (depan, tiga dari kanan) ketika solat Aidilfitri bersama rakyat di pekarangan Istana Arau tahun lalu.

ARAU – Umat Islam di seluruh negeri ini digalakkan menunaikan solat sunat Aidilfitri 1446 Hijrah di tanah lapang atau musolla yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kariah masing-masing.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelaksanaan solat di tanah lapang adalah selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW yang wajar dijadikan panduan.

“Jawatankuasa Kariah hendaklah membuat hebahan awal berkaitan waktu dan lokasi solat yang dipilih bagi memudahkan urusan penyelarasan kepada ahli kariah,” titah baginda bagi memaklumkan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri 1446 Hijrah di seluruh negeri Perlis tahun ini.

Menurut titah itu, penggunaan ruang dalam masjid boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada keluasan serta bilangan jemaah yang hadir.

Bagi surau rasmi yang ingin melaksanakan solat Aidilfitri, kebenaran perlu diperoleh daripada Jawatankuasa Kariah Masjid dan mendapat persetujuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Jika cuaca tidak mengizinkan, solat akan dialihkan ke ruang dalam masjid dan dilaksanakan pada jam 8.15 pagi, manakala hebahan perubahan lokasi perlu dimaklumkan pada jam 7.45 pagi,” titah baginda.

Sementara itu, bagi kawasan Kariah Kota Raja Arau, solat akan diadakan di Dataran Istiadat Istana Arau pada jam 8.00 pagi, dan dipindahkan ke Masjid Negeri Arau jika berlaku hujan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI