NAYPYIDAW – Sekurang-kurangnya 152 orang meninggal dunia selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 menggegarkan tengah Myanmar, hari ini.
Gempa cetek itu mencetuskan gegaran hingga ke Bangkok dan meranapkan banyak bangunan di rantau terjejas.
Junta tentera berkata, seramai 144 orang terbunuh di Myanmar, manakala Naypyidaw dan Bangkok mengisytiharkan darurat.
Ketua junta, Jeneral Min Aung Hlaing memberi amaran bahawa angka kematian dan kecederaan dijangka meningkat.
Di Bangkok pula, seramai 117 orang hilang, manakala lima kematian dicatatkan susulan bangunan runtuh di sebuah kawasan pasar.
Namun, menurut kemas kini pihak berkuasa Thai, seramai lapan orang terbunuh dalam bencana tersebut di seluruh Bangkok. – AGENSI