JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan beratus-ratus jemaah wanita memenuhi tempat wuduk sebuah masjid di Indonesia pada permulaan 10 malam terakhir Ramadan, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian dirakam di Masjid Istiqlal, Jakarta beberapa hari lalu.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @yaniiiiii21 memaparkan beratus-ratus wanita sedang beratur di dalam dan pekarangan masjid.
Lebih mengejutkan, setiap lorong masjid itu dipenuhi orang ramai yang ingin mengejar malam Lailatul Qadar.
Rakaman tersebut mencatatkan lebih 805,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya tidak mampu seperti mereka kerana saya kuat kentut,” kata seorang netizen.
“Boleh ambil wuduk dari rumah,” kata seorang pengguna media sosial lain. – AGENSI