fbpx

Rampas 57 tan mercun bernilai RM2.46 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Taufik menunjukkan mercun yang dirampas pihaknya. FOTO MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/ KOSMO!

KLANG – Sejumlah 57,813.30 kilogram (kg) mercun untuk perayaan termasuk Aidilfitri dirampas dalam Ops Barrier dan Ops Petasan baru-baru ini.

Kesemua mercun itu dirampas susulan tidak mematuhi spesifikasi teknikal dalam permit import.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman berkata, kesemua rampasan tersebut dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit II (Selangor) bermula 20 hingga 31 Januari bagi Op Barrier sempena Tahun Baharu Cina.

Katanya, manakala bagi Aidilfitri menerusi Op Petasan bermula 3 hingga hari ini dengan pemeriksaan terhadap gudang pengimport mercun berdaftar di Selangor, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

“Kesemua mercun dirampas hasil pemeriksaan terhadap 32 buah kontena berkenaan dengan nilai keseluruhannya termasuk cukai RM2. 46 juta,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Taufik, walaupun pengimport mengikrar mercun yang dibawa mereka, namun kesemua mercun itu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.

Dalam perkembangan berlainan, Ahmad Taufik memaklumkan cubaan menyeludup 544, 825 kg beras import yang diikrarkan sebagai serbuk kari dan masala selepas dikesan dalam 21 buah kontena di Pelabuhan Utara dan Barat, baru-baru ini.

Jelasnya, kesemua beras bernilai RM2. 81 juta itu dirampas pada 17 dan 20 Februari lalu hasil pemeriksaan JKDM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI