fbpx

PRN Sabah: BN, UMNO mahu kembali terajui kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) dan UMNO berhasrat untuk kembali merajui kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan bagi mencari formula terbaik dalam PRN berkenaan.

“Banyak dia punya opsyen… ada… tapi opsyen yang mana yang terbaik untuk UMNO dan BN di Sabah untuk kita pilih supaya kita dapat mengembalikan semula kekuatan kita serta menerajui negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sabah.

“BN, UMNO memang (dahulu) menjadi parti yang pernah mentadbir Sabah dan kita seharusnya bersiap sedia untuk kita mengharungi pilihanraya Sabah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Berbuka Puasa, di sini, malam semalam.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, pucuk pimpipinan parti akan memikirkan strategi yang boleh diguna pakai kerana PRN17 Sabah dijangka berlaku tahun ini.

“Jadi UMNO dan BN akan bersama-sama duduk dengan kepimpinan UMNO dan BN di Sabah untuk kita cari strategi terbaik untuk kita dapat pastikan UMNO dan BN dapat jadi Kerajaan semula di negeri Sabah, insya-Allah. PRN Sabah ke-17 itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada 9 Dis 2025 bagi memilih seramai 73 Adun baru,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI