fbpx

Potret Studio Ghibli Anwar, menteri curi perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Potret Studio Ghibli Anwar, Ahmad Zahid, Fadhlina dan Kor Ming di muat naik di akaun media sosial masing-masing, hari ini.

PETALING JAYA – Seolah-olah menjadi trend dalam kalangan anggota Kabinet memuat naik potret mereka dalam gaya seni Studio Ghibli yang kini popular di media sosial.

Paling mendapat perhatian ramai netizen Malaysia adalah potret Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang setakat ini menerima lebih 30,000 tanda suka.

“Alhamdulillah, senyum manis DSAI. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki,” komen Adryna Kikwang.

“Alhamdulillah, cantik gambar tu. DSAI sebagai PMX Malaysia Madani. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua sampai bila-bila,” kata Suhemi Mohd Yusoff.

Haliq Ros pula meninggalkan komen di akaun Facebook Perdana Menteri, ‘Anwar Ibrahim = Ai… PMX= PM-10’.

Turut dikesan memuat naik potret dalam gaya seni Studio Ghibli di laman media sosial ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Anggota Kabinet lain antaranya Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI