fbpx

Pintu utama Tanah Perkuburan Islam Selat Klang ditutup raya pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) akan menutup pintu utama Tanah Perkuburan Islam Selat Klang pada Hari Raya Pertama Aidilfitri ini.

Penutupan bermula pukul 6 pagi hingga 2 petang itu bagi mengelakkan kesesakan waris yang ingin berkunjung ke kawasan Perkuburan itu.

Menurut Datuk Bandar Klang, Datuk Abdul Hamid Hussain, pihaknya akan menyediakan perkhidmatan kenderaan transit bagi membawa waris dan keluarga ke tanah perkuburan bagi memudahkan pengunjung,

“Selain itu, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 31 Mac ini, semua pasar awam milik MBDK akan ditutup dan dibuka semula pada Hari Raya Kedua,” katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Penuh MBDK di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid menzahirkan rasa gembira dengan pengiktirafan Bandar Diraja Klang sebagai antara bandar paling bahagia di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI