fbpx

Piala FA: Crystal Palace ikrar singkir Fulham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Crystal Palace antara pilihan untuk mara ke aksi separuh akhir Piala FA musim ini. - Foto FB Crystal Palace

LONDON – Bintang pinjaman Crystal Palace daripada Chelsea, Ben Chillwell mengakui rakan sepasukan memiliki motivasi tinggi untuk melakar kejutan mara ke separuh akhir Piala FA dengan menewaskan Fulham pada aksi suku akhir di Craven Cottage malam esok.

Menurut Chilwell, selepas lebih tiga minggu berehat tanpa sebarang aksi kompetitif, perlawanan bertemu The Cottagers adalah peluang terbaik buat pasukan untuk membuktikan keupayaan dengan melakar kemenangan.

Chilwell berkata, barisan kejurulatihan diketuai oleh Oliver Glasner juga cukup semangat untuk memastikan peluang beraksi di Stadium Wembley di separuh akhir nanti tidak disia-siakan.

“Saya pernah beraksi di Wembley beberapa kali ketika bersama Chelsea. Namun, rakan sepasukan di sini cukup teruja untuk meraih pengalaman yang sama dan tentunya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

“Bukan mudah untuk semua pemain selepas tiga minggu tanpa perlawanan kompetitif tetapi dengan sesi latihan intensif yang dilakukan oleh jurulatih (Glasner), saya pasti mereka sudah bersedia untuk berikan yang terbaik,” kata Chilwell yang dipinjamkan daripada Chelsea sejak Januari lepas.

Dalam masa sama, penyerang sensasi Palace, Jean-Philippe Mateta diberi lampu hijau untuk diturunkan bertemu Fulham selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala ketika pusingan keempat Piala FA menentang Millwall awal bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI